Dap-papDAP dan pengkhianatan kepada negara ini, bukannya baru. Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya, DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini. Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini, tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor.
Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat, sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni.
DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya seperti semua orang tahu, DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor, berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera, Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya, konon Melayu juga seperti Cina dan India, merupakan pendatang di negara ini.
Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan, menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat, singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu.
Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura. Apatah lagi, DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia.
Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya, DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti. Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun, DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata. Dan yang pastinya, nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Dilaporkan pada 11 April 2013, dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam, DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura. Lokasinya adalah Bugis Junction, Bugis Street dan Bugis MRT. Butiran lanjut boleh anda dapati di www.facebook.com/DapGelangPatah?ref=ts.
Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah, di Singapura!
Kesian Melayu… satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang!
Jangan pula nanti, Gelang Patah maju, Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka!Sumber: Sel13.com
Rabu, 17 April 2013
AWASi JIRAN SEBELAH KITA DAH MULA PASANG JARUM
Dap-papDAP dan pengkhianatan kepada negara ini, bukannya baru. Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya, DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini. Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini, tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor.
Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat, sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni.
DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya seperti semua orang tahu, DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor, berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera, Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya, konon Melayu juga seperti Cina dan India, merupakan pendatang di negara ini.
Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan, menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat, singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu.
Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura. Apatah lagi, DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia.
Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya, DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti. Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun, DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata. Dan yang pastinya, nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Dilaporkan pada 11 April 2013, dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam, DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura. Lokasinya adalah Bugis Junction, Bugis Street dan Bugis MRT. Butiran lanjut boleh anda dapati di www.facebook.com/DapGelangPatah?ref=ts.
Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah, di Singapura!
Kesian Melayu… satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang!
Jangan pula nanti, Gelang Patah maju, Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka!Sumber: Sel13.com
Senarai penuh calon BN untuk Parlimen
P001. Padang Besar: Datuk Zahidi Zainul Abidin (Umno)
P002. Kangar: Ir Shaharuddin Ismail (muka baharu) (Umno)
P003. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Umno)
P004. Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
P005. Jerlun: Datuk Othman Aziz (Umno)
P006. Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
P007. Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
P008. Pokok Sena: Datuk Shahlan Ismail Umno/muka baharu)
P009. Alor Setar: Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)
P010. Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid (Umno/muka baharu)
P011. Pendang: Datuk Othman Abdul (Umno)
P012. Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu)
P013. Sik: Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu)
P014. Merbok: Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu)
P015. Sungai Petani: Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu)
P016. Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
P017. Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie (MCA/muka baharu)
P018. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)
P019. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)
P020. Pengkalan Chepa : Datuk Dali Husin (Umno)
P021. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)
P022. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ muka baharu)
P023. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/muka baharu)
P024. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)
P025. Bachok: Datuk Dr Awang Adek Hussin (Umno)
P026. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)
P027. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)
P028. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/muka baharu)
P029. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)
P030. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
P031. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno)
P032. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)
P033. Besut: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
P034. Setiu: Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno/muka baharu)
P035. Kuala Nerus: Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri (Umno)
P036. Kuala Terengganu : Mohd Zubir Embong (Umno/muka baharu)
P037. Marang: Datuk Yahya Khatib (Umno)
P038. Hulu Terengganu: Datuk Jailani Johari (Umno/muka baharu)
P039. Dungun: Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Umno)
P040. Kemaman: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
P041. Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno/muka baharu)
P042. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
P043. Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
P044. Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno/muka baharu)
P045. Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
P046. Batu Kawan: N. Gobalakrishnan (Gerakan/muka baharu)
P047. Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
P048. Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan/muka baharu)
P049. Tanjong : Ng Song Kheng (Gerakan/muka baharu)
P050. Jelutong : Ng Fook On (Gerakan)
P051. Bukit Gelugor : Teh Beng Yeam (MCA)
P052. Bayan Baru : Tang Heap Seng (MCA)
P053. Balik Pulau : Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)
P054. Gerik : Datuk Hasbullah Osman (Umno)
P055. Lenggong : Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
P056. Larut : Datuk Hamzah Zainudin (Umno)
P057. Parit Buntar : Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno/muka baharu)
P058. Bagan Serai : Dr Noor Azmi Ghazali (Umno/muka baharu)
P059. Bukit Gantang : Datuk Ismail Safian (Umno)
P060. Taiping : Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)
P061. Padang Rengas : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)
P062. Sungai Siput : Datuk S.K Devamany (MIC)
P063. Tambun : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
P064. Ipoh Timur : Kathleen Wong Mei Yin (MCA/muka baharu)
P065. Ipoh Barat : Dr Cheng Wei Yee (MCA/muka baharu)
P066. Batu Gajah : Loo Thin Tuck (MCA/muka baharu)
P067. Kuala Kangsar : Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad (Umno)
P068. Beruas : Datuk Chang Ko Youn (Gerakan)
P069. Parit : Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno)
P070. Kampar : Datuk Lee Chee Leong (MCA)
P071. Gopeng : Datuk Tan Chin Meng (MCA)
P072. Tapah : Datuk M. Saravanan (MIC)
P073. Pasir Salak : Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
P074. Lumut : Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA)
P075. Bagan Datoh : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
P076. Teluk Intan : Datuk Mah Siew Keong (Gerakan)
P077. Tanjung Malim : Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)
P078.Cameron Highlands : Datuk Seri G. Palanivel (MIC)
P079. Lipis : Datuk Mohd Shahrum Osman (Umno)
P080. Raub : Datuk Hoh Khai Mun (MCA/tukar kerusi)
P081. Jerantut : Ahmad Nazlan Idris (Umno/muka baharu)
P082. Indera Mahkota : Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Umno/tukar kerusi)
PO83. Kuantan : Datuk Mohamad Suffian Awang (Umno/muka baharu)
P084. Paya Besar : Datuk Abdul Manan Ismail (Umno)
P085. Pekan : Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
P086. Maran : Ismail Mutalib (Umno)
P087. Kuala Krau : Datuk Ismail Mohd Said (Umno)
P088. Temerloh : Datuk Saifuddin Abdullah (Umno)
P089. Bentong : Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)
P090. Bera : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
P091. Rompin : Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Umno)
P092. Sabak Bernam : Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Umno/muka baharu)
P093. Sungai Besar : Datuk Noriah Kasnon (Umno)
P094. Hulu Selangor : P. Kamalanathan (MIC)
P095. Tanjong Karang : Datuk Seri Noh Omar (Umno)
P096. Kuala Selangor : Datuk Irmohizam Ibrahim (Umno/muka baharu)
P097. Selayang : Datuk Ir Donald Lim Siang Chai (MCA)
P098. Gombak : Datuk Dr Rahman Ismail (Umno)
P099. Ampang : Dr Rozaidah Talib
P100. Pandan : Garry Lim Chin Yee (MCA)
P101. Hulu Langat : Adzhaliza Mohd Nor (Umno/muka baharu)
P102. Serdang : Datuk Yap Pian Hon (MCA)
P103. Puchong : A. Kohilan Pillay (Gerakan/muka baharu
P104. Kelana Jaya : Loh Seng Kok (MCA)
P105. Petaling Jaya Selatan : Seah Kok Fah (MCA)
P106. Petaling Jaya Utara : Chew Hoong Ling (MCA)
P107. Subang : A. Prakash Rao (MIC/muka baharu)
P108. Shah Alam : Zulkifli Noordin (rakan BN)
P109. Kapar : Saktivel Alagappan (MIC)
P110. Klang : Datuk Teh Kim Poo (MCA)
P111. Kota Raja : Datuk Murugesan Sinnandavar (MIC)
P112. Kuala Langat : Sharuddin Omar (Umno/muka baharu)
P113. Sepang : Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (Umno)
P114. Kepong : Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
P115. Batu : Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
P116. Wangsa Maju : Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah (Umno)
P117. Segambut : Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
P118. Setiawangsa : Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)
P119. Titiwangsa : Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)
P120. Bukit Bintang : Frankie Gan Joon Zin (MCA)
P121. Lembah Pantai : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
P122. Seputeh : Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
P123. Cheras : Teoh Chee Hooi (MCA)
P124. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
P125. Putrajaya : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
P126. Jelebu : Zainuddin Ismail (Umno)
P127. Jempol : Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Umno)
P128. Seremban : Datuk Dr Yeow Chai Thiam (MCA)
P129. Kuala Pilah : Datuk Hasan Malek (Umno)
P130. Rasah : Teo Eng Kian (MCA)
P131. Rembau : Khairy Jamaluddin (Umno)
P132. Telok Kemang : Datuk V.S Mogan (MIC)
P133. Tampin : Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Umno)
P134. Masjid Tanah : Mas Ermieyati Samsudin (Umno/muka baharu)
P135. Alor Gajah : Datuk Koh Nai Kwong (MCA)
P136. Tangga Batu : Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno/muka
baharu)
P137. Bukit Katil : Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Umno)
P138. Kota Melaka : Dr Yee Kok Wah (MCA/muka baharu)
P139. Jasin : Datuk Ahmad Hamzah (Umno)
P140. Segamat : Datuk Seri Dr S. Subramaniam (MIC)
P141. Sekijang : Anuar Abd Manap (Umno/muka baharu)
P142. Labis : Datuk Chua Tee Yong (MCA)
P143. Pagoh : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
P144. Ledang : Hamim Samuri (Umno)
P145. Bakri : Lee Ching Yong (MCA)
P146. Muar : Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P147. Parit Sulong : Datuk Noraini Ahmad (Umno)
P148. Ayer Hitam : Datuk Wee Ka Siong (MCA)
P149. Seri Gading : Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Umno)
P150. Batu Pahat : Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno)
P151. Simpang Renggam : Liang Teck Meng (Gerakan)
P152. Kluang : Hou Kok Chung (MCA)
P153. Sembrong : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Umno)
P154. Mersing : Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Umno)
P155. Tenggara : Datuk Halimah Mohamed Sadique (Umno)
P156. Kota Tinggi : Datuk Nor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Umno/muka
baharu)
P157. Pengerang : Datuk Seri Azalina Othman (Umno)
P158. Tebrau : Khoo Soo Seang (MCA/muka baharu)
P159. Pasir Gudang : Normala Abdul Samad (Umno/muka baharu)
P160. Johor Bahru : Tan Sri Sharil@Shahrir Ab Samad (Umno)
P161. Pulai : Datuk Nur Jazlan Mohamed (Umno)
P162. Gelang Patah : Datuk Abdul Ghani Othman (Umno)
P163. Kulai : Teh Chin Hein (MCA/muka baharu)
P164. Pontian : Datuk Ahmad Maslan (Umno)
P165. Tanjong Piai : Belum diumumkan
P166. Labuan : Rozman Isli (Umno)
P167. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)
P168. Kota Marudu : Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)
P169. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)
P170. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko)
P171. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno/muka baharu)
P172. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS/muka baharu)
P173. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko)
P174. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)
P175. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)
P176. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno)
P177. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno/bertukar kerusi)
P178. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno)
P179. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko)
P180. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)
P181. Tenom : Belum diumumkan
P182. Pensiangan : Belum diumumkan
P183. Beluran : Datuk Ronald Kiandee (Umno)
P184. Libaran : Datuk Juslee Ajirol (Umno)
P185. Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)
P186. Sandakan : Belum diumumkan
P187. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno)
P188. Silam : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno/bertukar kerusi)
P189. Semporna : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno)
P190. Tawau : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS/muka baharu)
P191. Kalabakan : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno)
P192. Mas Gading : Anthony Nogeh Gumbek (SPDP/muka baharu)
P193. Santubong : Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
P194. Petra Jaya : Datuk Fadillah Yusof (PBB)
P195. Bandar Kuching : Tan Kai (SUPP/muka baharu)
P196. Stampin : Datuk Yong Khoon Seng (SUPP)
P197. Kota Samarahan : Rabiah Wang (PBB/muka baharu)
P198. Mambong : Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (PBB)
P199. Serian : Datuk Richard Riot (SUPP)
P200. Batang Sadong : Nancy Shukri (PBB)
P201. Batang Lupar : Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
P202. Sri Aman : Masir Kujat (PRS)
P203. Lubok Antu : William @ Nyallau Badak (PRS)
P204. Betong : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
P205. Saratok : Tan Sri William Mawan (SPDP)
P206. Tanjong Manis : Datuk Norah Abdul Rahman (PBB)
P207. Igan : Datuk Abdul Wahab Dolah (PBB)
P208. Sarikei : Ding Kuong Hiing (SUPP)
P209. Julau : Datuk Joseph Salang Gandum (PRS)
P210. Kanowit : Datuk Ago Dagang (PRS)
P211. Lanang : Datuk Tiong Thai King (SUPP)
P212. Sibu : Vincent Lau Lee Ming (SUPP/muka baharu)
P213. Mukah : Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (PBB)
P214. Selangau : Datuk Joseph Entulu Belaun (PRS)
P215. Kapit : Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)
P216. Hulu Rajang : Wilson Ugak Kumbong (PRS/muka baharu)
P217. Bintulu : Datuk Seri Tiong King Sing (SPDP)
P218. Sibuti : Ahmad Lai Bujang (PBB)
P219. Miri : Datuk Sebastian Ting (SUPP/muka baharu)
P220. Baram : Anyi Ngau (SPDP/muka baharu)
P221. Limbang : Hasbi Habibollah (PBB)
P222. Lawas : Datuk Henry Sum Agong (PBB). – Bernama
Isnin, 15 April 2013
Pihak asing jangan campur tangan_ Khaled Nordin
Rabu, 10 April 2013
Antara calon boleh memang dan syok sendiri
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
SELEPAS debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.
Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak.
Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah.
Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah.
Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon.
Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah.
Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.
Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.
Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.
Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti.
Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.
Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang.
Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.
Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.
Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.
Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.
Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''
Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - UTUSAN ONLINE
Isnin, 8 April 2013
UNDI PAS DAN PKR HARAM- ULAMA PONDOK
Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.
PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
“Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
“Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).
“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.
“Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah,” katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah
PAPA GOMO SERIUS TENTANG ANWAR
Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.
"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.
KENYATAAN PENUH PAPA GOMO
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.
Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.
Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.
Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.
Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.
Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.
Langgan:
Ulasan (Atom)