Isnin, 15 April 2013
Pihak asing jangan campur tangan_ Khaled Nordin
Rabu, 10 April 2013
Antara calon boleh memang dan syok sendiri
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
SELEPAS debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.
Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak.
Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah.
Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah.
Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon.
Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah.
Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.
Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.
Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.
Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti.
Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.
Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang.
Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.
Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.
Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.
Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.
Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.
Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''
Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - UTUSAN ONLINE
Isnin, 8 April 2013
UNDI PAS DAN PKR HARAM- ULAMA PONDOK
Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.
PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
“Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.
“Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).
“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.
“Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah,” katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah
PAPA GOMO SERIUS TENTANG ANWAR
Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Papa Gomo yang diwakili Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding di Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang ditandingi Anwar.
"Keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu," kata Rafi kepada pemberita di Bangunan Yayasan Selangor Kg. Baru di sini, hari ini.
KENYATAAN PENUH PAPA GOMO
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.
Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.
Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.
Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.
Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.
Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.
Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.
Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.
Sabtu, 6 April 2013
INTIPATI AKUJANJI BN
Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.
Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandate baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:
1. Menangani Kos Sara Hidup :
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran social dan ekonomi bandar
* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan
* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran
* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan
* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter
* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar
* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
* Meningkatkan jumlah permit teksi individu
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan kereta api berkembar
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat
* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan
* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah system percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat
* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia
* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus
* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:
* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik
* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
* Mengembangkan persekolahan satu sesi
* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil
* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar
* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian
* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus
* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
* Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:
* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar
* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis
* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam
* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari
* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal
* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja
11. Memenuhi Aspirasi Belia:
* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka
* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa Bandar
* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:
* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi
* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti
* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah
* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah
* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri
* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat
* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat
* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
14. Memerangi Gejala Rasuah:
* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah
* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan
* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan
* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki
16. Gerakan Kesederhanaan Global:
* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan kita
* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja
17. Memulihara Sumber Semula Jadi:
* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal
10
Berita Bertarikh Pada 6 April 2013 11:49 PM
Langgan:
Ulasan (Atom)
