Isnin, 25 Mac 2013

NIAT DAP UNTUK BUNUH MCA- SHAHRIL

Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu “membunuh” MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya “membunuh” MCA pada PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor. “Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman,” kata Shahrir mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini. “Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?” Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas — “membunuh” parti Gerakan di negeri pulau itu. Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor. DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah. Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong, yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan. Anggota parlimen Johor Baharu itu berkata terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. Shahrir juga tidak menolak kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Baharu. Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng. Masyarakat Cina di Johor, kata Shahrir, perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini. Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama. “DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempolitikkan semua perkara,” kata Shahrir. “Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia.” Mengenai kemungkinan PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon. — Bernama

Ahad, 24 Mac 2013

TUN DAIM DEDAH PEKUNG ANWAR

Nasihat Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia pastinya membuka pekung mengapa Anwar tidak layak diangkat menjadi PM . Isu krisis ekonomi 1997 membuktikan Anwar bukan arif untuk menguruskan ekonomi negara bila mana beliau lebih suka mendapat bantuan kewangan daripada IMF .Ikuti pesanan beliau kepada rakyat Malaysia agar berfikir sebelum mengundi Pakatan yang akan menjahanamkan ekonomi negara. Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri. "Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya. "Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya.
"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.
Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara. "Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan" katanya. Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat. "Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya. - Sinar Harian

Kronologi Penglibatan Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan

Bukan rahsia lagi kerana semua orang dah tahu siapa dalang disebalik insiden Lahad Datu.... Kerana barua seorang itu 10 nyawa orang kita melayang.... Kerana barua seorang itu isteri-isteri mangsa terpaksa menjadi ibu tunggal sekelip mata.... Kerana barua seorang itu anak-anak kecil terpaksa menjadi anak yatim kerana bapa mereka gugur di medan perang.... Kerana barua seorang itu berapa banyak wang negara yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk Operasi Daulat ? Sekarang segala pergerakkan barua itu dalam usaha untuk menghuru-harakan negara telah terdedah. Klik di http://mymassa.blogspot.com

ANWAR DITOLAK PENGUNDI MELAYU

Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang. Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor. Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain." "Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan". Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas. Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya. “Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali. Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi. Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”. Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.sumber:http://networkedblogs.com

Sabtu, 23 Mac 2013

10 GEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU 13

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian. Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar… Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah. Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar. Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya. Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil. Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya. Demi PM…Anwar boleh buat rasanya…. <
b>Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful. Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin. Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu. 1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku. 2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. ***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru. 5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..” 6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. ***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul. 7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. ***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin 8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya. 9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ). ***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah. 10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.) -mynewshub Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/10-kejutan-anwar-ibrahim-menjelang-pru.html#72OR6hxZr6e7RDvF.99

Nurul Izzah enggan terima hakikat bapanya seorang peliwat

Nurul Izzah meneruskan ceramahnya di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, malam tadi. Dan seperti biasa, tiada lain yang disebutnya melainkan polis, pasukan keselamatan, UMNO dan yang berkaitan dengannya. Kalau semalam, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan menghina pasukan polis dengan menuduh polis tidak menjalankan kerja sebaliknya lebih sibuk mengintip rakyat negara ini sendiri, kemudian dia membuat ‘pembetulan’ kononnya, dia tidak berkata begitu sebaliknya menyalahkan New Straits Times dan melabelkan akhbar berkenaan sebagai suara konspirasi UMNO, malam tadi pula, Nurul Izzah sekali lagi menunjukkan bagaimana baka penipu dalam dirinya berfungsi. Pencerobohan lanun Sulu di Sabah cuba dipersalahkan kepada UMNO. Kononnya pencerobohan tersebut membuktikan polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan menyalahgunakan kuasa serta kegilaan UMNO untuk menyalahkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya bapanya sendiri, Anwar Ibrahim. Kemudian, Nurul Izzah memberikan contoh bagaimana ‘kegilaan’ yang dimaksudkannya. Nurul Izzah menceritakan kepada para penyokongnya, bagaimana bapanya telah ditangkap, digari, dilokapkan dan dipenjarakan. Malah tidak ketinggalan juga, dia turut menceritakan bagaimana bapanya telah ditumbuk dengan tangan bergari. Pun begitu, Nurul Izzah tidak sedikit pun menceritakan punca mengapa bapanya ditangkap dan mengapa pula bekas Ketua Polis Negara hilang pertimbangan dan kesabaran sehingga mengakibatkan insiden berkenaan. Yang Nurul Izzah mahu cakapkan ialah ketidak adilan yang berlaku, berdasarkan pemahamannya yang cetek, dangkal dan menyeleweng. Amat menarik apabila Nurul Izzah cuba menafikan yang para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya seperti bapanya, dirinya sendiri, Tian Chua, Tony Pua, Elizabeth Wong, Teresa Kok dan sebagainya, tidak bersalah dan tidak terlibat langsung dalam perlanggaran undang-undang, bahkan cuba membocorkan rahsia negara kepada pihak asing. Apa peraturan yang tidak dilanggar oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR? Apa penjelasan yang diberikan oleh PKR berhubung pembiayaan pihak asing bagi aktiviti parti-parti berkenaan? Mengapa sehingga sekarang, PKR enggan memberikan penjelasan berhubung pembabitan George Soros di belakang aktiviti NGO-NGO yang berkiblatkan Anwar Ibrahim? Mengapa isu SUARAM mendapat pembiayaan daripada pihak Zionis untuk tujuan menimbulkan provokasi dalam negara, tidak langsung diperjelaskan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat? Malah, mengapa sehingga sekarang, Nurul Izzah tidak pernah berasa bersalah setelah dia cuba membocorkan rahsia ketenteraan negara ini kepada negara asing sepertimana yang dilakukannya di Singapura dan Indonesia? Mengapa pula, Nurul Izzah kelam-kabut membuat penafian dan kemudian menyalahkan UMNO atas ucapannya dalam sebuah forum yang menggesa agar orang Melayu dibenarkan murtad atas nama KEBEBASAN BERAGAMA. Yang dia sibukkan adalah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang kononnya sangat RASIS. Mengapa pula dia tidak menyalahkan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Teresa Kok, Karpal Singh, Tony Pua dan Lim Kit Siang yang secara jelas menentang Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan istimewa kepada Melayu-Bumiputera dan Islam? Bukankah nama-nama yang disebutkan itu, mempunyai rekod penentangan tegar terhadap Islam dan Melayu-Bumiputera termasuklah penentangan terhadap tulisan Jawi, laungan azan dan sebagainya? Namun yang paling nyata ialah mengapa pula pencerobohan lanun Sulu dipersalahkan kepada UMNO walhal REUTERS, dan banyak lagi agensi serta portal berita asing, melaporkan tentang pendalangan Anwar Ibrahim, malah memperincikan pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III dengan menjanjikan Sabah sebagai wilayah Sulu beberapa bulan sebelum pencerobohan tersebut berlaku? Dan bukankah Tian Chua bersorak bertepuk tangan apabila dua orang anggota dan pegawai polis terkorban akibat serangan lanun Sulu dengan mengeluarkan kenyataan yang amat menghina? Dan bukankah juga, Tian Chua kelam-kabut cuba ‘membetulkan’ semula kenyataannya agar tidak terus dibunuh oleh rakyat Malaysia namun tetap menyatakan bahawa kejadian berkenaan hanyalah SANDIWARA UMNO semata-mata? Nurul Izzah sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri, adakah tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai telah dipenuhinya atau dia sekadar bercakap, bercakap, bercakap dan terus bercakap tanpa sebarang tindakan atau usaha untuk menunjukkan dia adalah seorang ahli politik yang tahu tugas serta amanah rakyat yang dipikul. Atau lebih mudah lagi, Nurul Izzah dan para penyokongnya harus bertanya, apa yang telah dilakukan oleh Nurul Izzah sepanjang lima tahun menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai? Sudah berapa buah rumah yang telah dicat? Sudah berapa ramai golongan marhein Lembah Pantai yang dibantu? Dan sudah berapa banyak para peniaga kecil dan penjaja yang dibela dengan menempatkan kawasan perniagaan di tempat sesuai, selamat dan mampu menarik pelanggan? Rasa-rasanya, Nurul Izzah akan bersarang labah-labah kalau dia cuba mengingati semula apa kerja yang telah dibuatnya selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai. Sama seperti pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Pantai Hill yang bersawang, berkunci pintunya dan berhabuk berdebu anak-anak tangganya!!!. Sumber; sel13.com

ANWAR TERMAKAN CILI...

Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang. Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang. "Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam tadi. Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah. Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya. Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. "Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu. Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini. "Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar. Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.