Ahad, 10 Mac 2013

LAWATAN PM KE GAZA DIIKTIRAF YUSUF QARADAWI

Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa kerana pendirian beliau dalam menyokong perjuangan Palestin. Ini termasuk Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, yang menyatakan penghargaan mereka menerusi sepucuk surat kepada perdana menteri, sambil menyifatkan lawatan itu sebagai petanda jelas kepada masyarakat antarabangsa dan para pemimpin negara-negara Islam. "Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," kata Pengerusi lembaga itu, Yusuf Al-Qaradawi. Dipetik Bernama, lawatan berani Najib ke Semenanjung Gaza memperkukuhkan harapan jutaan rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan sejak beberapa dekad. "Malaysia bagi mereka telah lama dianggap sebagai negara Islam peneraju, khususnya dalam menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Al-Qaradawi berkata kerajaan Malaysia dan rakyatnya adalah faktor penting dalam menyokong perjuangan adil Baitulmaqdis, dengan Baitulmaqdis sendiri menjadi teras perjuangan Islam. Najib memasuki Gaza untuk lawatan kemanusiaan sehari pada Januari, pertama kali bagi seorang perdana menteri Malaysia, semasa lawatan kerja tiga harinya ke Mesir sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Sabtu, 9 Mac 2013

ANWAR DESAK- EZAM

Dakwaan Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari, telah dipergunakan pihak tertentu untuk mengheret semula Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, disifatkan sebagai tindakan terdesak. Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, dakwaan itu mencerminkan usaha pembangkang untuk kepentingan imej Anwar yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu konflik di Sabah. Menurutnya, ini bukan satu kejutan kepada kerajaan dan rakyat sudah dapat membaca perkara berkenaan. “Apabila timbul isu bapa Saiful, saya tidak terkejut. Apatah lagi yang duduk bersebelahannya pada sidang media tadi (semalam) adalah orang kuat Anwar. “Saya mengenali siapa Anwar dan saya juga kenal Saiful dan bapanya selepas kes liwat itu. Apa (kenyataan) yang diberikan Azlan itu saya anggap untuk terus menutup kesalahan Anwar,” katanya kepada semalam. Katanya, bukan sahaja rakyat, malah orang kanan Pakatan Rakyat dilihat sudah tidak meletakkan kepercayaan kepada Anwar. “Jika benar Anwar itu bersih, sudah pasti namanya disebut-sebut menjadi perdana menteri, tetapi ia masih tiada jawapan. Kerana itu, saya katakan, tindakan itu hanyalah untuk menutup terus cerita yang melibatkan dirinya.
“Nasihat saya kepada Anwar, memandangkan saya kenal siapa dia, kembalilah ke pangkal jalan dan takutlah kepada ALLAH,” katanya.
Sementara itu, dakwaan wujud dalang berhubung kes liwat melibatkan Saiful Bukhari Azlan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mendapat perhatian rakyat jika ia dibuat Saiful Bukhari sendiri. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, dakwaan tersebut serius kerana melibatkan individu tertentu. Menurutnya, jika benar wujud konspirasi seperti yang didakwa, perkara itu akan dimaklumkan oleh anak dan bapa secara bersama.
"Apa dilakukan bapa Saiful (Azlan Mohd Lazim), tidak memberi impak kerana ia dilihat bercanggah dengan pendedahan Saiful.
"Sukar untuk melihat apakah yang mahu disampaikan oleh Azlan. Jika benar seperti yang didakwa, sudah pasti ia akan didepani bersama, bukan secara sendirian kerana anaknya yang terlibat," katanya. Katanya, sebelum ini, Saiful membuat sumpah laknat berkaitan kes liwat itu, dengan ditemani bapanya dan pendedahan Azlan dilihat seolah-olah wujud konflik dalaman antara dua beranak. "Unsur politik itu wujud apabila sesi pendedahan tersebut turut ditemani orang kuat PKR. "Kenyataan Azlan juga seperti wujud perkara politik kerana pada waktu ini, Anwar berdepan pelbagai cabaran apabila namanya dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada di dalam mahupun di luar negara," katanya. Sumber Sinar Harian

CERITA DI SEBALIK U TURN BAPA SAIFUL...

Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.... Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak. Tetapi oleh kerana nak tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan. Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar.... Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa. Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib. Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja.... Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama bulan Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi permintaan-permintaannya.... Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat dalam kes liwat berkenaan. Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan marahkan saya kerana bercakap begitu. Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami bertekak..... Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung. Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima permintaannya.... Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak.... Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang. Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam tempoh yang agak lama. Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad Datu. Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu.
Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya adalah RM....RM....RM....RM..... Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan.....
Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong.... Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu.... PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya. Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya. "Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. "Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini. Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. "Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. "Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. "Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitu sahaja," katanya. Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan. Ditanya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang. "Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan. "Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya. M Star Online Itu kata-katanya dulu....semalam apa yang dia kata pula.... "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." Malaysiakini Tak payah banyak En Azlan oiiiii, itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kamu sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan anak sendiri kerana kerakusan kamu. Ingat mati wehhhhhh......kamu dah senja.....anak kamu masih muda.....dia mungkin akan hidup lama lagi.....tak kasihankah kamu pada dia ? Apa jenis punya bapa macam ni ? Cuba kita imbas balik kisah bapa si Saiful ni...... Saya difahamkan dia bercerai dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal dia tidak jaga atau pedulikan Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang yang oppurtunist..... Kemudian apabila Saiful diliwat tiba-tiba dia menjadi seorang bapa yang prihatin. Kemudian semalam dia kata dia sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. Kasih seorang ayah apa ke bendanya kalau dulu tak jaga anak pun ? Kasih seorang ayah atau nak ambil kesempatan diatas kejadian yang menimpa anak untuk mengepow orang-orang Umno ? Bila gagal lari sebelah sana..... Suka tak suka bapa Saiful telah mencipta satu sejarah baru apabila sanggup malukan anak sendiri kerana kerakusan nafsunya. Jawablah pakcik oiiii di kubur nanti..... Yang paling saya tak boleh tahan adalah apabila dia duduk sebelah anak dia masa anak dia bersumpah laknat.Habis bersumpah dia peluk anak dia.....Hari ini dia kata apa yang anak dia buat itu tak betul.... Kalau masa itu dia dilarang jumpa anak dia sebelum bersumpah, tak boleh bersama di mahkamah, dirumah dan sebagainya , logiklah juga kalau dia nak kata segalanya dikawal oleh orang lain dan dia tak berupaya menghalang. Ini tidak, dia bebas bersama anak dia 24 jam sehari , selepas 5 tahun dia kata itu semua perancangan. Nak tipu pun biarlah logik pakcik oiiii.....ingat kubur pakcik... Dalam soal ini Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan. Yang salah adalah dia sendiri. Tidak berprinsip, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. Azlan yang mengambil kesempatan menjelang PRU untuk menekan orang-orang Umno agar memenuhi kehendak-kehendak dia. Puak-puak PKR semalam raya sakan dengan tindakan bapa Saiful. Apakah dia ingat orang lain beraya bersamanya ? Terus terang saya katakan bahawa saya sikit pun tak goyang atau berdebar apabila menerima berita tindakan bapa Saiful semalam. Sebab saya tetap percaya kepada sumpah yang Saiful lafazkan dulu. Dan saya yakin kebenaran akan tetap menjelma. Cerita liwat dan cerita sumpah Saiful sebenarnya masyarakat dah tak ingat pun. Sebab benda dah lama. Tetapi tindakan bapa Saiful semalam akan membuatkan masyarakat kembali mengingatinya, dan rata-rata orang melayu akan tetap percaya kepada sumpah laknat yang dilafazkan walaupun Pas kata sumpah tiada dalam islam. Sekarang demi ntuk mempertahankan kemaluan Anwar Pas sanggup kata dalam islam tiada sumpah. Tapi mereka lupa apa yang mereka kata dulu..... Jadi terima kasihlah kepada Johari Abdul kerana menguruskan bapa Saiful semalam dan jangan salahkan orang lain kerana cerita liwat hidup kembali. Kalau benar dan kalau tak bersalah kenapa terlalu takut hingga buat sidang media semalam secara tertutup di sebuah kondominium dan hanya wartawan-wartawan mereka sahaja dibenarkan masuk ? Apasal ? supaya boleh kawal soalan-soalan yang ditanya dan tidak terperangkap ke ? Takut wartawan tanya pasal sumpah Saiful ke ? Kalau pakcik berani dan tidak bersalah buatlah satu sidang media terbuka dan panggil semua wartawan tanpa memilih bulu. Saya tetap yakin dan percaya apa yang berlaku semalam adalah proses PKR menggali lubang kubur bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk DAP dan Pas.... Kepada Saiful Bukhari, saya minta maaf banyak-banyak jika anda terasa hati dengan tulisan ini. Saya faham buruk macamana sekali pun dia tetap bapa anda. Marah macamana sekali pun sikit sebanyak anda tetap akan terasa hati bila membaca tulisan ini. Ya lah....bapa tetap bapa....tapi bapa boleh khianat anak. Patutnya kamu yang patut jadi bapa dan bapa kamu yang patut jadi anak....Maafkan saya Saiful.... Kepada masyarakat pula ambillah iktibar diatas apa yang berlaku. Kerana duit apa sahaja boleh berlaku. Marilah kita termasuk saya sendiri sama-sama bermohon kepada Allah agar dijauhkan perkara begini terjadi kepada keluarga kita , rakan-rakan kita, jiran sekeliling kita dan juga berulang kembali kepada muslimin dan muslimat yang lain. Jangan lupa juga kita sama-sama berdoa agar bapa Saiful tidak terus dikuasai iblis dan kembali ke pangkal jalan. Sumber dari Topeng Rakyat.

Jumaat, 8 Mac 2013

PENGAKUAN KELUARGA SAIFUL...

Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim. tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.
Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam. Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

KENYATAAN AKHBAR SAIFUL...

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim. 2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat. 3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. 4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau. 4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi. 5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat. 8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

Rabu, 6 Mac 2013

ZAHID DEDAH MAYAT PENCEROBOH

Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu. Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan. Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur. Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan. Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara. "Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara," katanya. Sementara itu, Hishammuddin berkata berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan. "Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu. "Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu," katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera. Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu.- Bernama

INI BUKTI SIAPA DALANG PENCEROBOHAN SABAH...