Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri ini tidak dilakukan, sebagai tidak logik.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah penebangan balak oleh kerajaan negeri yang melibatkan kawasan tadahan air telah dilakukan dan kini mereka meminta pampasan daripada kerajaan pusat.
"Perkara ini (pembalakan) dah berlaku begitu, mana ada cerita pampasan.
Kawasan tanah (milik) dia, balak dia dah ambil, sekarang minta kerajaan pusat beri RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.
Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika meminta kerajaan pusat membayar pampasan itu berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.
"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," kata Azizan.Muhyiddin berkata apa yang lebih penting kerajaan negeri tidak meneruskan
pembalakan itu dan menghentikannya serta merta.
"Saya tak tahu siapa dia berjanji dan sebagainya. Apa yang penting sekarang ini apakah wajar apa yang dibuat sekarang..untuk bersihkan kawasan-kawasan tadahan air.
"Kita tahu Kedah tiada sumber dan dana pun tak mencukupi kalau tidak ada bantuan kerajaan pusat. Tapi tak seharusnya dia ambil langkah yang memusnahkan alam sekitar. Ini untuk generasi Kedah masa akan datang. Itu lebih utama yang harus difikirkan," katanya.
Kerajaan Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan secara rakus di kawasan seluas 400 hektar di Charuk Batang Padi, di kawasan hutan simpan Tasik Pedu atas alasan untuk projek taman agro pelancongan dan ladang rakyat.
Tindakan itu mendapat bantahan banyak pihak kerana akan memberi kesan kepada valam sekitar dan bekalan air tetapi tidak dipedulikan kerajaan negeri yang tetap meneruskan pembalakan itu.Mengenai dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang bahawa hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus selepas pakatan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini, Muhyiddin berkata jika maklumat itu betul, ia sesuatu yang serius.
"Kalau betul, elok kerajaan negeri ambil perhatian, elok disiasat dan dikaji. Jika ia boleh menyebabkan Kedah sampai tahap bangkrap, ia akan menjadi bebanan kepada rakyat Kedah.
Sabtu, 16 Februari 2013
KERAJAAN PAS TUNTUT PAMPASAN TIDAK LOGIK- TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri ini tidak dilakukan, sebagai tidak logik.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah penebangan balak oleh kerajaan negeri yang melibatkan kawasan tadahan air telah dilakukan dan kini mereka meminta pampasan daripada kerajaan pusat.
"Perkara ini (pembalakan) dah berlaku begitu, mana ada cerita pampasan.
Kawasan tanah (milik) dia, balak dia dah ambil, sekarang minta kerajaan pusat beri RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung di sini hari ini.
Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika meminta kerajaan pusat membayar pampasan itu berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.
"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," kata Azizan.Muhyiddin berkata apa yang lebih penting kerajaan negeri tidak meneruskan
pembalakan itu dan menghentikannya serta merta.
"Saya tak tahu siapa dia berjanji dan sebagainya. Apa yang penting sekarang ini apakah wajar apa yang dibuat sekarang..untuk bersihkan kawasan-kawasan tadahan air.
"Kita tahu Kedah tiada sumber dan dana pun tak mencukupi kalau tidak ada bantuan kerajaan pusat. Tapi tak seharusnya dia ambil langkah yang memusnahkan alam sekitar. Ini untuk generasi Kedah masa akan datang. Itu lebih utama yang harus difikirkan," katanya.
Kerajaan Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan secara rakus di kawasan seluas 400 hektar di Charuk Batang Padi, di kawasan hutan simpan Tasik Pedu atas alasan untuk projek taman agro pelancongan dan ladang rakyat.
Tindakan itu mendapat bantahan banyak pihak kerana akan memberi kesan kepada valam sekitar dan bekalan air tetapi tidak dipedulikan kerajaan negeri yang tetap meneruskan pembalakan itu.Mengenai dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang bahawa hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus selepas pakatan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini, Muhyiddin berkata jika maklumat itu betul, ia sesuatu yang serius.
"Kalau betul, elok kerajaan negeri ambil perhatian, elok disiasat dan dikaji. Jika ia boleh menyebabkan Kedah sampai tahap bangkrap, ia akan menjadi bebanan kepada rakyat Kedah.
SYED MOKTHAR KEKAL KE 5 TERKAYA DI MALAYSIA
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.
Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.
Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.
Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.
Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.
Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.
Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion. Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion. Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas. Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas. Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai. Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing. Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu. Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus. Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40. Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE. Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari. Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.
Jumaat, 15 Februari 2013
Khamis, 14 Februari 2013
KADAZANDUSUN DESAK ANWAR MINTA MAAF
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.
Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran ''Huguan Siou'' yang bermaksud ''Pemimpin Agung'' secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.
Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakan itu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.
"Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ''solupi'', iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Suman berkata ''Huguan Siou'' adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman KDM. "Beliau adalah penjaga adat, norma, artifak dan tradisi KDM yang dirayakan setiap tahun menerusi Hari Kaamatan," katanya. KDCA merangkumi dan mewakili 40 kumpulan etnik di Sabah. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budaya pelbagai kumpulan etnik di Sabah. "Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?," katanya. Dalam hubungan ini, Salleh berkata Anwar perlu memohon maaf secara terbuka kepada kaum Kadazandusun di negeri ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berpendapat gelaran Huguan Siou dianggap ''suci'' oleh komuniti KDM dan hanya boleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan. Beliau berkata Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama serta budaya dan rakyatnya perlu saling menghormati sensitiviti adat dan budaya satu sama lain. "Orang yang memberi gelaran ini mungkin cuba meraih kepentingan politik tetapi orang yang menerimanya pula sama ada jahil atau memang tidak sensitif. Bagaimanapun perkara ini tidak dapat diterima daripada seseorang yang berpengalaman dalam politik dan kerajaan seperti beliau," katanya. Beliau berkata gelaran Huguan Siou tidak seharusnya digunakan sebagai alat politik untuk memenuhi agenda seseorang. "Tanpa mengira perbezaan hubungan politik dan perselisihan dalam banyak perkara, masyarakat Sabah mesti bersatu dalam mengiktiraf serta menghormati warisan dan adat budaya kita," katanya. Masidi, yang berasal dari Ranau, berkata sebarang tindakan yang dianggap memperkecilkan institusi Huguan Siou adalah satu tindakan memperkecilkan warisan budaya Sabah, dan menambah agenda politik perlu sentiasa memberi laluan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat Sabah. Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew berkata hanya ada seorang sahaja Huguan Siou di Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Beliau berkata pengisytiharan Anwar sebagai Huguan Siou adalah penghinaan kepada komuniti KDM di Sabah.
PAS PILIH MAJLIS SYURA ATAU PAKATAN PEMBANGKANG
Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.
Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam gabungan rapuh, PR.
Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja.
Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.
Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.
Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.
Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.
Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.
<b>Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah Pas patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR. Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible. Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR. Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak. Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR. Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.Sumber UMNO ONLINE
GUAN ENG PENGHASUT PERSEMBAHAN PSY..
Guan Eng merupakan agen subversif yang amat licik dan seringkali berselindung di sebalik undang-undang negara ini. Dia bijak mengambil kesempatan, terutama sekali dengan sikap sambil lewa dan terbuka masyarakat majoriti Malaysia. Dia juga bijak menggunakan kesempatan untuk mempromosikan dirinya dan parti yang diwakilinya iaitu DAP sebagai mangsa keadaan sekalipun sebenarnya dia dan partilah yang telah memangsakan rakyat Malaysia.
Justeru, tidak hairanlah dia galak mempromosi budaya saman mana-mana media yang dirasakan telah mencabar integritinya. Dengan kebijaksanaan munapulatif, akhirnya keputusan saman, banyak berpihak kepadanya dan media terutama sekali UTUSAN MALAYSIA kemudiannya dicop sebagai pembuat fitnah. Bagaimanapun, Lim Guan Eng hanya berani menyaman media bercetak, tidak media elektronik kerana dia sedar, media elektronik lebih bersifat merakam, mengarkib dan menyimpan bahan bukti sebelum penyiaran dilakukan.
Persembahan artis Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia di Sekolah Cina Hian Chiang, sememangnya telah menyerlahkan sikap subversif Lim Guan Eng. Beberapa hari sebelum kedatangan artis tersebut, Guan Eng telah menyeru para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya dari bangsa Cina agar melakukan provokasi dalam lautan manusia itu dengan memakai baju kuning, merah, hijau dan oren.Mungkin bagi kebanyakan orang, baju sahaja tidak akan mendatangkan sebarang kesan provokatif. Bagaimanapun, sedar dengan tanggapan itulah, Guan Eng memilih elemen yang paling halus dan paling tidak menimbulkan syak serta dipandang remeh untuk melakukannya. Kalaulah bukan kerana kekalahan Parti Komunis Malaya dan kegagalan DAP pada kempen 13 Mei 1969, tentunya dia tidak akan teragak-agak untuk menyuruh para penyokong Pakatan Rakyat untuk menghadiri program berkenaan dengan senjata berat atau senjata tajam. Tetapi senjata berelemen halus itulah yang telah berjaya menjadikan Lim Guan Eng sebagai TOK PEKONG BARU DAP dan Pakatan Rakyat. Agak menarik ialah apabila Guan Eng sedar saranannya kurang berkesan dan sambutan yang diberikan kepada usulnya tidak begitu hangat, akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, walaupun acara tersebut merupakan salah satu daripada kejutannya untuk menimbulkan kontroversi, polemik dan melindungi objektif perbuatannya. Provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP di pintu masuk Sekolah Hian Chiang dengan cara membaling nasi dalam bekas polistrin kepada Perdana Menteri tetapi digagalkan oleh batang tubuh orang ramai, balingan mercun kepada Perdana Menteri di Gurney kemudiannya dikemuncakkan dengan perlakuan seorang penyokong DAP yang bekerja di Singapura tetapi berasal dari Pulau Pinang yang menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong. Lim Guan Eng tidak berada dalam acara persembahan artis Korea Selatan di Sekolah Hian Chiang. Sebaliknya dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, menyambut keberangkatan DYMM Raja Permaisuri Agong. Kejadian tunjuk isyarat lucah oleh LEONG PIE KOE juga berlaku ketika Lim Guan Eng berada di LTAB Bayan Lepas. Ketua Menteri Pulau Pinang itu tentu sangat berpuas hati apabila pihak berkuasa menahan dan membawa lelaki bernama LEONG PIE KOE itu ke balai polis untuk disoal siasat. Dia sengaja tidak membantu lelaki Cina tersebut kerana dia berharap, para penyokong DAP dan Pakatan yang lain akan membantunya menimbulkan sentimen perkauman dan provokasi melampau. macai2 Cubaan ke arah itu sedang dilakukan oleh pecacai-pecacai Pakatan meskipun mereka pada masa yang sama, masih lagi mencari-cari alasan yang terbaik untuk menafikan kes penangkapan LEONG PIE KOE itu. Mungkin sudah dapat mengagak apakah yang akan dibangkitkan oleh pemain-pemain media pro-Kerajaan, Lim Guan Eng ke Kedah pula. Lebih tepat lagi ke Alor Star di mana pengundi Melayu adalah penentu kepada indeks pencapaian DAP. DAP masih berusaha untuk mendapatkan beberapa kerusi di Kedah kerana beranggapan mereka sudah cukup kuat dan PAS pula perlu sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak mereka. Walaupun kejadian di LTAB Bayan Lepas masih belum diperkatakan secara meluas di Kedah di mana DYMM Sultanah Kedah adalah mangsa kepada ‘pertunjukan isyarat lucah’ penyokong DAP dengan kehadiran Lim Guan Eng, namun hakikatnya, Lim Guan Eng cuba membersihkan namanya di Alor Star walaupun tidak diminta. Ketika berceramah dalam KARNIVAL SAMBUTAN TAHUN BARU CINA di Star Walk, Lim Guan Eng menuduh pemain-pemain media pro-UMNO dan Kerajaan cuba mengotorkan imejnya dengan melakukan serangan bertali arus terhadap dirinya. Lim Guan Eng cuba meraih simpati tetapi pada masa yang sama, dia cuba menafikan kononnya insiden tunjuk isyarat lucah di LTAB Bayan Lepas itu melibatkan dirinya. Dan sekali lagi kemelut sebenar atau lebih tepat lagi krisis dalaman DAP di mana Lim Guan Eng cuba disisihkan oleh DAP Pulau Pinang pada PRU13 nanti, tidak diperkatakan sebaliknya yang diperkatakan adalah insiden tersebut. Sekali lagi Guan Eng selamat dan berjaya dalam tugasannya melakukan pengalihan isu sekaligus mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepadanya dan DAP.
Langgan:
Ulasan (Atom)