Khamis, 31 Januari 2013
BN SEDIA HADAPI PILIHANRAYA- NOH OMAR
Kenyataan Media berkenaan kenyataan MB Sgor membubarkan Dun lebih awal
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.
Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.
Pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.
Saya mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih
BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.
Kita harap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.
Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang
Berkenaan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Saya melihat ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.
Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara
Saya mengambil kesempatan menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.
Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
TPPU Selangor.
TUN M YAKIN BN TERUS BERKUASA
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Kata beliau, pilihan raya itu, yang akan diadakan tahun ini, merupakan pertarungan politik paling penting yang perlu dihadapi BN.
Dr Mahathir juga berharap BN akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasarnya tanpa halangan.
"Pakatan Rakyat hanya sebuah gabungan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka dipilih untuk memerintah, saya yakin setiap parti kemudiannya akan berperang untuk melaksanakan ideologi masing-masing.
"Itu sudah tentu tidak baik bagi Malaysia dan akan mengganggu semua usaha untuk membangunkan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sekarang," katanya pada persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Ke-15 di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, percakaran dalam kumpulan pembangkang menjadi sebab utama para pengundi kembali mempunyai keyakinan terhadap gabungan parti pemerintah.
Katanya, kerajaan BN, di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memahami isu sosial dan ekonomi, sesuatu yang sangat penting bagi sebuah negara membangun.
Beliau berkata, kerajaan telah merangka pelan pembangunan secara besar-besaran bagi masa depan Malaysia dan sejajar dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memberi peluang kepada kerajaan membuktikan
keberkesanan pelan itu.
"Perubahan itu sendiri akan membawa kemusnahan dan mencetuskan keadaan tidak menentu. Keadaan kacau-bilau memang tidak baik untuk mana-mana negara pun.
"Sebuah kerajan baharu juga akan mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharunya, daripada pembangkang kepada kerajaan. Masa yang dibazirkan ini akan menggugat pertumbuhan Malaysia," katanya.
Ditanya tentang masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen, Dr Mahathir berkata: "Saya berpendapat ia patut dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina."
Rabu, 30 Januari 2013
KHALID GAGAP YANG SEMAKIN PANAS...
Tidak lama dulu, Menteri Besar Selangor yang gagap, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tegas membayangkan kerajaan negeri tidak akan membuburkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan Kerajaan Pusat dengan alasan ia tidak perlu berbuat demikian kerana tempah pemerintahnya masih panjang dan banyak perancangan untuk rakyat boleh dibuat.
Bagaimanapun, tiba tiba saja, apa mimpinya malam tadi, hari ini Khalid mengumumkan cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya.
Bagaimanapun Sepatutnya Khalid tidak perlu menjadi kalam kabut untuk membuat cadangan berkenaan kerana kerajaan pusat juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk menangguhkan lagi pilihanraya kerana tempohnya sudah semakin hampir iaitu 23 April atau selewatnya 60 hari selepas tarikh berkenaan.
Malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempunyai alasan yang cukup kukuh sebelum beliau membuat keputusan tarikh pembubaran Parliman dan menasihatkan kerajaan negeri turut membuat pembuburan serentak sebagaimana tradisinya sebelum ini.
Barangkali ini juga antara transformasi yang akan diperkenalkan Najib selepas ini iaitu tempoh untuk diadakan pilihanraya umum adalah sehingga tempoh akhir tarikh penggal Dewan dan tidak lagi diadakan selepas empat tahun sebagaimana sebelum ini.
Bagaimanapun Khalid yang agak tertekan dengan pelbagai isu yang sedang melanda pentadbiran beliau selama hampir lima tahun ini tidak lagi merasa selesa hinggakan terpaksa mempercepatkan pembubaran Dewan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat yang semakin kuat menolak beliau.
Isu bekalan air, konsesi pasir, krisis dengan Syabas, penjualan aset keraajan negeri dan sayikat milik kerajaan negeri, tindakan saman daripada ibu ibu tunggal yang tertipu dengan janji kerajaan negeri, kes tanah orang asli di Langat yang di kebas oleh puak puak mereka cukup untuk memanaskan katil dan kerusi empuk Khalid.
Malahan tekanan dari Puak Azmin Ali yang semakin rakus untuk merebut kerusi empuk Khalid juga antara dorongan untuk beliau mempercepatkan pembubaran bagi mencari nyawa baru politiknya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
KAJIAN: BN TERUS KEKAL PRU 13
Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini.
Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
"Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi
Parlimen.
Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama
Selasa, 29 Januari 2013
18 TUNTUTAN CUEPACS DITUNAI KERAJAAN
Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman.
“Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain.
“Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini,” katanya.
Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka.
Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya.
“Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam,” katanya.
Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.
PENYINGKIRAN REJIM TOLAK ANWAR DALAM PAS BERMULA...
Apapun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan PAS mengenai keputusan Majlis Syura parti itu mengugurkan Ustaz Nasharudin Isa sebagai anngotanya, ini sebagai bukti jelas bahawa usaha usaha besar sedang dilakukan oleh parti itu untuk mengenepikan pemimpin yang tidak mesra Anwar Ibrahim.
Walaupun kenyataan ini agak janggal tetapi inilah hakikatnya apabila Awnar yang terkenal dengan cita cita besarnya itu menguasai PAS dari luar tetapi berperanan penting dalam menentukan hala tuju poltik dan dasar parti itu asalkan ia boleh memberi keuntungan politik beliau.
Penyingkiran Datuk HAsan Ali sebelum ini sudah dilihat jelas sebagai langkah pertama Anwar untuk melakukan satu transformasi politik dalam PAS agar golongan yang bersekutu dengannya saja boleh berada di dalam saf kepimpinan bagi memudahkanya membuat percaturan terutama dalam usahanya merampas Putrajaya bersama sama dengan DAP.
Anwar sedar tanpa sokongan PAS, dia tidak mampu bersama DAP untuk mencapai cita cita besarnya itu dan usaha untuk kahwinkan DAP dengan PAS juga bukan sesuatu misi yang mudah.
Malahan beberapa bukti pertentangan pendapat antara Hasan Ali dan Ustaz Nasha dalam membina kerjasama di antara PAS dengan DAP jelas ketara, hinggakan timbul isu cabar mencabar antara Hasan dan Nasha dengan Karpal Singh sebelum ini.
Oleh itu liku liku yang menyukar laluan untuk DAP dan PAS duduk semeja mendorong Anwar melakukan sesuatu walaupun secara langsung atau tidak langsung walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa rasmi dalam menentukan dasar PAS tetapi dengan membiakkan bakanya dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohd Sabu,Naib Presiden, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob yang memenangi pemilihan parti 2011 lalu sudah cukup bagi Anwar melancarkan dan menyusun apa sahaja strategi menguntungkan politik dia.
Dengan mengunakan alasan Nasha gagal memainkan peranan sebagai ahli Majlis Syura disamping isu lawatan Nasha bersama Perdana Menteri ke bumi Gaza baru baru ini, tekanan diberikan untuk membuka kepada keputusan penyingkiran Nasha.
PAstinya, isu penyingkiran ini tidak akan berakhir di situ saja, selepas ini akan ada lagi HAsaan Ali dan Nasha kedua dalam parti terutama mereka yang masih lantang menentang beberapa pandangan dan desakan daripada luar PAS seperti DAP dan PKR.
Isu pengunaan kalimah Allah antara bukti pencanggah yang jelas dalama kerjasama rapuh mereka itu.
Sama sama kita lihat nanti, siapa selepas ini yang tidak disenangi Anwar akan mengalami nasib yang sama seperti dua bekas pemimpin itu...
PAS TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI
Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.
Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka.
"Sudah menjadi sikap Pas dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak timbul masalah kemudian, berbanding Pas," katanya.
"PAS yang gemar menuduh Umno/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri terbabit, mereka tidak laporpun untuk disiasat," katanya.
Beliau mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka kepada SPRM, sebagaimana dilakukan Umno dan BN, kerana percaya semua calon mereka bersih.
Baru-baru ini Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga ini Pas berpuashati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat jawatankausa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura.
Mengenai isu kalimah Allah, Ahmad berkata ahli Pas yang waras pemikiran akan menolak dan meninggalkan parti itu apabila membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh bukan Islam.
"Tapi, bagi yang taksub, buat apa pun dia akan anggap pemimpin mereka betul," katanya.
Sementara itu Ahmad berkata, beliau percaya BN mampu menang dengan cemerlang pada PRU13 berdasarkan sikap semasa rakyat termasuk ahli PAS sendiri semakin bosan dengan parti itu menjadi pak turut kepada DAP.
Langgan:
Ulasan (Atom)






