Rabu, 9 Januari 2013
KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT DALAM ISU KALIMAH ALLAH
Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan dikalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat.
Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu.
Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya.
Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.
Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.
Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
8 Januari 2013
12 Januari perhimpunan untuk layan nafsu Anwar...
Kerana kerakusan untuk berkuasa dan tersepit dalam melayan kerenah nafsu sendiri Anwar terpaksa kerahkan semua tenaga parti bagi menjayakan perhimpunan untuk Shamsidar yang berlindung disebalik nama Perhimpunan Pakatan Rakyat ekoran perbicaraan mahkamah yang difailkan oleh bekas sahabat karibnya, Datuk Nalla.
Bagi Anwar ini adalah kesempatan terakhir untuk dia melakukukan sesuatu sebagai talian hayat sebelum pilihanraya umum akan datang yang semakin hampir.
Dengan kekuatan kewangan dan beberapa pemimpin mudanya, Anwar memang merancang dengan teliti bagi memastikan matlamatnya untuk mengumpul satu juga rakyat menjadi kenyataan.
Anwar terpaksa mengunakan pengaruh dari parti bersekutunya untuk mengumpul seramai mungkin hinggakan memaksa PAs Kelantan dan Terenganu membuat sesuatu dan mengeluarkan arahan kepada ranting2 bagi menghantar seramai mungkin pengikut masing2 berserta kos pembiayaan perjalanan mereka.
Kalau di Terengganu, Haji Hadi yang masih lagi pening dengan isu Kalimah Allah diberikan tangungawab tersebut yang memanjangkan tugas itu kepada Peruruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut, Pas Kelantan pula dengan mengunakan tenaga pemimpin PAS yang pro Anwar seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin.
Bagi Anwar perhimpunan yang menjadikan penentu nasibnya seperti dalam beberapa perhimpunan sebelum ini sepanjang kes mahkamah berjalan adalah penting dan satu kesempatan untuk menguji perpaduan dikalangan rakan pembangkang yang akan ikut serta nanti.
Bagi DAP yang tidak gemar dengan gerakan seperti ini akan juga menghantar wakil yang barangkali dengan mengunakan platform lain seperti kumpulan lynas dan sebagainya sebagai bukti sokongan mereka terhadap Anwar untuk calon Perdana Menteri.
Namum lebih penting lagi, sebagai membalas jasa Anwar yang menyokong gagasan besar Mereka yang mahu pengunaan kalimah Allah dalam kitab kristian dan kekuatan Ketua Pembangkang itu yang mampu menundukkan PAS untuk turut serta menyokong gerakan DAP itu.
Apapun alasannya, kerahan tenaga Hishmuddin Rais rakan Anwar yang bijak menghasut di jalanan itu tidak mampu untuk mengaburi mata rakyat yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dari perhimpunan itu.
Ianya hanya satu perhimpunan melayan nafsu Anwar semata mata dan sebagai desakan dan sokongan untuk shamsidar saja.
Seperti juga apa yang berlaku sewaktu saiful membuat laporan polis ekoran kes di juburi Anwar, si pembelit itu terus memaksa isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk dijadikan pentas menghalalkan tindakanya itu..
Rakyat yang matang tidak mampu untuk ditipu setiap kali dia berdepan dengan isu peribadinya!..,
Barangkali golongan muda yang terpangaruh dengan sokongan kewangan atau tidak mengenal sejarah saja akan bersama2 berada di perhimpunan nanti. tapi pastinya mereka tidak mewakili golongan remaja lain yang masih sayangkan negara!
Selasa, 8 Januari 2013
Kalimah Allah: Sultan Selangor murka
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang lebih dua minggu lalu meminta agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Misri Idris berkata:
"Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010."
Mohd Misri berkata, berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa orang ahli Mais, Mufti Selangor serta pegawai tertìnggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor kelmarin.
Kata Mohd Misri, Sultan Selangor juga menitahkan Mais dan Jais untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekali pun yang masih mempersoal atau memperlekehkan fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di negeri itu.
Polemik penggunaan kalimah ALLAH timbul kembali apabila Guan Eng dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diguna pakai di Timur Tengah hampir 1,000 tahun lalu.
Menurut Mohd Misri, di Selangor terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah ALLAH iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Seksyen 9 enakmen berkenaan telah dengan jelas melarang kalimah ALLAH dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.
Mohd Misri juga berkata Sultan Selangor juga menitahkan agar orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan kaum negara ini.
"Selanjutnya DYMM Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali dari menggunakan atau memperalatkan agam Islam sebagai modal politik mereka kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini," kata beliau.
Isnin, 7 Januari 2013
Zairil bukan anak Khir Johari
Oleh Sanggah Tok Janggut
Orang2 lama di kampung Kanchut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943....dan Che Tom meninggal pada 20 September 1994. UMUM JUGA MENGETAHUI BAHAWA CHE TOM DAN PAK KHIR MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK.
Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996, jika Zairil (GAMBAR ATAS) di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun...umur Zairil sekarang 30 tahun.
ALAMAK!!!!!! KACAU!!!!! TERLEBIH 13 atau 14 TAHUN
SAH DAN SAHIH bahawa Zairil Khir Johari BUKAN ANAK KANDUNG PAK KHIR, BELIAU ADALAH ANAK CHRISTINE LIM BERSAMA BAPAK KANDUNG ASALNYA YANG BERBANGSA CINA.
SAH. DAN SAHIH ZAIRIL ADALAH CINA BUKAN MELAYU SEPERTI YANG DI BOHONGKAN OLEH Lim Guan Eng hanya ahli dan pemimpin serta penyokong PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) yang boleh di bohongkan oleh CM Lim Guan Eng.
Ingatan Ayahanda Tun M buat generasi muda...
Generasi muda hari ini harus bijak membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara sepanjang 55 tahun mentadbir negara, kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Beliau berkata, generasi muda yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan dan maju telah menganggap kemajuan negara adalah satu perkara yang biasa dan mereka juga tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap usaha kerajaan.
Sehubungan itu, beliau yang sudah hampir 67 tahun menceburi bidang politik khuatir golongan muda yang kurang pengalaman mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Ada pula yang kata mahu tukar kerajaan kerana sudah diperintah BN selama 55 tahun. Ini sesuatu yang merbahaya dan kalau memberi kuasa kepada orang yang tidak baik, ia boleh merosakkan negara kita dalam jangka masa singkat dan ia tidak mudah dipulihkan.
"Generasi muda jangan nak ada selera baru dan cuba parti pembangkang yang hanya akan membawa kerosakan kepada negara. Mereka harus bijak membuat perbandingan iaitu Malaysia dahulu, sebelum merdeka dan apa yang dicapai sekarang.
"Mereka harus ikhlas membuat penilaian bahawa Barisan Nasional yang memerintah selama 55 tahun telah banyak berjasa dalam memajukan Malaysia. Mereka harus membuat pertimbangan waras dan memilih siapa yang boleh memerintah negara ini menjelang PRU13 nanti," katanya selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Dr Mahathir juga mahu pemimpin veteran yang mengetahui matlamat dan pencapaian negara terus membantu dan memimpin generasi muda yang akan menentukan masa depan negara agar terus menyokong BN yang telah berjasa dalam membawa pembangunan di negara ini.
"Tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda hari ini mungkin tidak sependapat atau tidak puas dengan kerajaan sekarang tetapi adalah lebih baik memilih orang yang kita kenal dan tahu daripada orang yang tidak kenal. Bak pepatah Inggeris, 'Better the devil you know than the angel you don't," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir menyaran semua ahli Umno berganding bahu untuk memastikan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang dalam PRU13 nanti.
Sambil mengakui bahawa Najib bukan terbaik dan ada kelemahan, beliau mahu semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga.
"Apabila BN dah menang pada PRU13 dan tubuhkan kerajaan, kita boleh memperbetulkan kesilapan dan kesalahan demi kepentingan bersama... pada masa itulah, kita boleh tegur dan menggodam," katanya.
Ahad, 23 Disember 2012
Khamis, 13 Disember 2012
Langgan:
Ulasan (Atom)




