Isnin, 21 Januari 2013
Isu kalimah Allah- Fuad cabar Anwar
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di cabar menyatakan pendiriannya mengenai sikap Majlis Syura PAS mengenai isu pengunaan kalimah Allah.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi yang membuat cabaran demikian berkata, apakah pendirian Anwar selepas Majlis Syura memutuskan isu pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bertentangan dengan akidah
"Oleh itu Anwar perlu menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin Pas yang tidak berganjak daripada keputusan Majlis Syura dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.
"Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya.
"Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin Pas iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama).
"Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya," katanya
Isu kalimah ALLAH ini dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan membenarkan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah ALLAH, dan beberapa portal kemudian melaporkan pada 8 Januari bahawa majlis pimpinan pakatan pembangkang memutuskan kalimah ALLAH boleh digunakan penganut semua agama.
Bagaimanapun, Pas melalui mesyuarat Majlis Syura pada Ahad menukar keputusan dengan mengatakan kalimah ALLAH adalah khusus untuk agama Islam dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan pengunaan nama Allah dalam Bible sebagai mengarut.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pemimpin Pas sepatutnya lebih awal membuat keputusan berhubung isu itu.
Artikel Berkaitan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan