Sabtu, 8 Mei 2010

MP Kapar dedah pekung




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi masa 72 jam bermula hari ini untuk membersihkan ‘kekotoran’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa, terlalu banyak rasuah yang dilakukan oleh pegawai atasan kumpulan tersebut dan ia perlu dibersihkan segera oleh Menteri Besar Selangor itu.

”Jika benar Parti Keadilan Rakyat (PKR) bencikan rasuah, hentikanlah dan Abdul Khalid harus bersihkan rumah sendiri terlebih dahulu.

”Tindakan segera perlu diambil oleh Abdul Khalid terhadap pegawai atasan kumpulan tersebut sebelum saya membongkarkan semuanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan pembangkang di Selangor bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

Ia menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, pembersihan itu perlu dibuat kerana beliau sebagai ahli PKR tidak mahu ada kalangan ahli parti itu terutama sekali ‘pucuk pimpinan’ mengamalkan budaya rasuah.

”Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, abang Khalid, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam kumpulan tersebut sehingga menyebabkan ramai kepimpinan PKR tidak senang dengan kedudukan Abdul Rahman. -MediaUMNO/MM

NOTA KAKI: Satu lagi pendedahan yang dibuat oleh pemimpin PKR sendiri mengenai pekung pekung yang sedang membusuk dalam parti itu.

Dan tentunya akan ada pula pemimpin tertentu dalam parti berkenaan cuba mengalihkan isu itu dengan dakwaan pendedahan tersebut didalangi oleh UMNO sebagaimana yang berlaku sebelum beberapa kes sebelum ini, walaupun sehingga hari ini mereka gagal menunjukkan bukti.

Tetapi hakikatnya, apa sahaja penyeleweng yang dibuat oleh kalangan pemimpin parti itu tidak mampu lagi hendak ditutup, setiap hari ada pekung pekung yang didedahkan ini berlaku kerana pekung yang semakin busuk itu tidak mampu lagi untuk ditutup dan tembelang pemimpin utama mereka semakin terserlah.

Masa akan menenntukan, parti yang ditubuhkan untuk membela nasib seorang individu itu semakin di tolak rakyat.

Semakin ramai mereka yang rapat dengan pengasas parti mula meninggalkan perjuangan
setelah menyedari "Tipah tertipu" juga akhirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan