Selasa, 4 Disember 2012
Anwar marah Najib baik dengan Tun M...
Nampaknya Encik Anwar Ibrahim masih menyimpan dendam kesumat pada bekas pemimpin besar UMNO yang pernah mengutip dia di tepi jalan mengangkat dan memberi seluasnya peluang kepada presiden ABIM itu untuk mencapai cita cita politiknya.
Malahan pemimpin yang pernah digelarnya sebagai bapa dan berpelukan dalam majlis UMNO itu terus dihentam dan bertambah hebat lagi selepas dia dipecat pada 11 September 1998 dulu lagi.
Sehingga hari ini pelbagai gelaran dan usaha masih diteruskan untuk membunuh nama baik Tun Mahathir yang sering di sanjung sebelum ini.
Kerana demdam yang tidak terkawal lagi, Anwar sanggup mengkritik Perdana Menteri Najib yang memuji Tun M secara terbuka dalam pergulungan hari terakhir perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu.
Kerana terlalu berdemdam dengan nafsunya, hingga tidak terkawal sampai mendorong dia mengkritik PM Najib yang sekaligus memjadi bukti jelas bahawa bagi Anwar, bayangan Tnn M sentiasa menghantuinya.
Sedangkan sikap terpuji PM Najib yang memuji bekas bosnya termasuk Tun Abdullah secara terbuka itu satu contoh yang baik dan bukti pemimpin berjiwa besar kerana tentunya Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Sebaliknya perangai bagai kacang lupakan kulit itu sudah menjadi amalan yang sinonim dengan Anwar yang sering akan meninggalkan kawan kawan yang pernah bekerja dan bersama untuk memastikan matlamat politiknya tercapai.
Kebimbangan ini juga bukan saja di dorong oleh benci kesumat kerana tindakan berani Tun M itu menyebabkan dia gagal utk mencapai cita cita politik yang tersurat dan tersirat..
Sebaliknya kebimbangan ini juga didorong oleh pelbagai rahsia jahatnya masih tersimpan dalam tangan Tun M yang pastinya mampu menyekat kemaraan politik dan cita cita besarnya itu.
Apalagi kali ni dia tidak mempunyai ruang yang banyak untuk memburukan suasana kerana dua bekas pemimpin utama UMNO, Tun M dan Tun Abdullah terus tunjukan komitmen untuk membantu PM Najib.
Dakwanya yang dia mengetahui Tun M ada mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin juga bukti kebimbangan itu sedangkan tidak menjadi kesalahan bagi bekas pemimpin tertinggi UMNO itu untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja ahli UMNO..
Malahan pengakuan terbuka PM Najib juga mengenai pertemuan itu sekali lagi menyebabkan dia tersentak dan tentunya akan bertambah gerun lagi apabila Tun M akan turut membantu BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Apupun kita lihat sejauhmana rentak tari Anwar akan lakukan memandangkan bekas sifunya pasti akan menyekat kemaraannya untuk bertapak dengan kuasa boneka ini...hanya jauhari mengenal manikam!
!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan