Ahad, 3 Mac 2013

NUR JAZLAN KECAM TIAN CHUA

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menuduh Umno terlibat dalam konspirasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah sehingga melibatkan kematian pejuang negara, terus mendapat tentangan daripada pimpinan Barisan Nasional (BN). Meskipun Tian Chua cuba melakukan pusingan ‘U’ dengan mengatakan kenyataannya dimanipulasikan media kawalan Umno dalam portal media pembangkang, baru-baru ini, namun beliau terus dikecam hebat sekali gus disifatkan sebagai tidak memahami sensitiviti keluarga anggota yang terkorban. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kenyataan pemimpin kanan PKR itu jelas tidak memahami perasaan keluarga anggota yang kehilangan nyawa ketika berjuang mempertahankan tanah air.
“Saya berharap rakyat faham dengan jelas bahawa pembangkang amat rakus dalam meraih kuasa sehingga sehingga tidak mempedulikan perasaan keluarga anggota yang terkorban. Rakyat perlu berhati-hati dengan mereka kerana pemimpin pakatan pembangkang akan membuat dakwaan tidak berasas dalam setiap apa yang berlaku.
“Nak meraih undi pembangkang akan cakap macam-macam untuk dapatkan simpati, sedangkan ia adalah perbuatan yang keji dan menjurus kepada kepentingan politik sahaja. Jika sekarang mereka boleh berkata sedemikian, cuba bayangkan apa yang berlaku jika mereka berjaya meraih kuasa? Nauzubillah,” katanya. Mengulas mengenai manifesto Pakatan Rakyat (PR), Nur Jazlan menyifatkan segala janji dibuat oleh pembangkang kepada rakyat bukanlah satu nikmat dan rakyat diharapkan tidak mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan. “Apa yang dijanjikan dalam manifesto tidak akan dapat membangunkan dan meningkatkan hasil ekonomi negara seperti dilakukan oleh BN. NUR J “Pimpinan kerajaan di bawah BN berjaya melaksanakan pelbagai projek koridor ekonomi termasuklah di Iskandar Malaysia yang akhirnya memberi limpahan manfaat kepada rakyat termasuklah menerusi pemberian pelbagai bantuan yang dihulur,” katanya. Sambil merujuk kepada kegagalan kerajaan PR di Selangor menunaikan pelbagai janji untuk memberikan bantuan kepada rakyat di negeri itu, beliau yakin semua rakyat dapat melihat dengan jelas kegagalan pentadbiran pakatan pembangkang di beberapa negeri berbanding pemerintahan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan