



Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.Nyata Husam begitu terdesak untuk menang dan tidak hairanlah beliau terpaksa mengheret lelaki tua berumur 84 tahun untuk berkempen bagi dirinya dan lelaki tua ini jugalah yang terus gila mahu bertanding walaupun kesihatannya tidak cukup mengizinkan namun demi kerusi DUN Cempaka,walaupun bertongkat,berpapah dan berpimpin,lelaki tua bernama Nik Aziz ini juga terus bernafsu besar.Dah jadi Husam Pantalon? Sesiapa sahaja yang mengenali Husam Musa,mereka tidak akan terkejut dengan tindakan ataupun fitnah sedemikian rupa apatah lagi sejak Husam Musa menjadi ayam sabung kepada Anwar Ibrahim,matlamat menghalalkan cara terus menjadi pilihannya walaupun beliau berada dalam kepimpinan PAS yang kononnya parti memperjuangkan Islam. Kempen fitnah memfitnah begini bukan perkara baru dalam PAS malah sejak Hadi Awang mengambil alih kepimpinan PAS, prinsip perjuangan Islam amal makruf nahi mungkar bukan lagi menjadi asas kepada perjuangan parti ini dan tidak salahlah Husam Musa membudayakan fitnah seperti ini untuk meracuni pemikiran pengundi di Putrajaya. Husam barangkali ingat rakyat Putrajaya begitu bodoh serta mudah dimomokkan sebagaimana beliau memperbodohkan pengundi beliau di Kelantan dalam DUN Salor dan kita percaya rata-rata penjawat awam yang menjadi pengundi lebih mengenali Tengku Adnan daripada Husam Musa yang pernah digelarkan Husam Jamnapari kerana terlibat dalam perniagaan kambing bersama Dato Amin yang akhirnya kambing entah kemana,Dato Amin juga terlopong menanggung kerugian. Husam yang begitu yakin boleh memperbodohkan rakyat Kelantan yang sebahagian besar tinggal dan menetap serta mengundi di Putrajaya dengan memainkan sentimen kenegerian dan barangkali Husam Musa menganggap pengundi yang tinggaldi Putrajaya itu sama bodoh dan bangang dengan pengundi yang memilih beliau di DUN Salor dan bodoh sangatlah pengundi di Putrajaya sekiranya mereka memilih Husam Musa sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut. Kepada rakyat atau pengundi di Putrajaya,sebelum memilih Husam dan mahu meluapakan segala bakti serta tanggungjawab Tengku Adnan di Putrajaya,kenalilah Husam Musa melalui buku `Kenali Husam’ yang sudahpun diedarkan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar Putrajaya hari ini.Sumber: Sanggahtokjangggut.