Khamis, 28 Mac 2013
gOSsIp RaKyaT: EKSKLUSIF: 'CHIEF' ARAHKAN BUDAK BALA NI BUAT KERJ...
gOSsIp RaKyaT: EKSKLUSIF: 'CHIEF' ARAHKAN BUDAK BALA NI BUAT KERJ...: Nampaknya 'HERO' Pakatan Haprak terkubur dengan sendirinya. Pelbagai misteri yang belum terungkap disebalik kematian dan pengliba...
3 Sebab Sidek Baba Tinggalkan Anwar

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih. Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama. Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik. Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina. Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T. Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang
Langgan:
Catatan (Atom)