Rabu, 9 Januari 2013

Perhimpunan PR 12 Januari kerana tertekan hadapi pilihanraya

Tindakan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini menunjukkan pihak berkenaan sudah rasa tertekan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. “Saya pun tak tahu mengapa mereka mahu menganjurkan satu tunjuk rasa tetapi umumnya ia dilakukan oleh kerana rasa tertekan,” kata beliau. Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan antara lain untuk memberi tekanan ke atas kerajaan menjelang PRU13 bagi menyelesaikan isu-isu yang belum menemui penyelesaian. “Saya tahu, mereka mahu mengadakan himpunan ini kerana pada 2013 ini mereka akan mencapai kemerosotan yang ketara dalam PRU, tidak menang dan kemudiannya mereka akan menuduh BN menipu dan SPR tipu. "Inilah masalahnya apabila mereka akan lihat apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah,” kata beliau yang Setiausaha Agung Umno. Jelas beliau lagi, segelintir pihak yang bertindak sedemikian mahukan sesuatu yang tidak diingini tercetus, malah mereka seolah-olah tidak rela kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi agenda negara diteruskan. “Persoalannya kenapa perlu ada tunjuk rasa? Kalau nak kata SPR tak betul, maka tak mungkin mereka akan ada wakil rakyat dalam Parlimen. "Kalaulah SPR ini ikut telunjuk Barisan Nasional, maka sudah pastilah 99.99 peratus adalah berpihak kepada BN dalam pilihan raya tapi SPR merupakan satu badan yang bebas, yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya.” Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat Malaysia perlu disedarkan dengan sandiwara mereka kerana ramai orang yang cemburu dengan kedudukan negara ini yang mampu mengekalkan prestasi baik biarpun sebuah negara kecil. “Saya berkeyakinan mereka yang nak menunjuk rasa ini mahu mendapat perhatian daripada luar negara, kawan-kawan mereka yang ada di luar negara terutamanya yang membiayai mereka kerana kalau tidak ada perbuatan sedemikian maka pembiayaan tidak akan dilaksanakan maka ini yang terpaksa dilakukan. “Kalau nak bandingkan negara ini dengan negara-negara yang merdeka atau yang dekat dengan kita ternyata kita lebih maju daripada orang lain dengan kaedah ‘unity in diversity’. Mereka mahukan satu kaedah kekacauan dan kucar-kacir berlaku dalam negara kita ini.

KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT DALAM ISU KALIMAH ALLAH

Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan dikalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat. Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu. Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan. Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya. Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia TTDI KL 8 Januari 2013

12 Januari perhimpunan untuk layan nafsu Anwar...

Kerana kerakusan untuk berkuasa dan tersepit dalam melayan kerenah nafsu sendiri Anwar terpaksa kerahkan semua tenaga parti bagi menjayakan perhimpunan untuk Shamsidar yang berlindung disebalik nama Perhimpunan Pakatan Rakyat ekoran perbicaraan mahkamah yang difailkan oleh bekas sahabat karibnya, Datuk Nalla. Bagi Anwar ini adalah kesempatan terakhir untuk dia melakukukan sesuatu sebagai talian hayat sebelum pilihanraya umum akan datang yang semakin hampir. Dengan kekuatan kewangan dan beberapa pemimpin mudanya, Anwar memang merancang dengan teliti bagi memastikan matlamatnya untuk mengumpul satu juga rakyat menjadi kenyataan. Anwar terpaksa mengunakan pengaruh dari parti bersekutunya untuk mengumpul seramai mungkin hinggakan memaksa PAs Kelantan dan Terenganu membuat sesuatu dan mengeluarkan arahan kepada ranting2 bagi menghantar seramai mungkin pengikut masing2 berserta kos pembiayaan perjalanan mereka. Kalau di Terengganu, Haji Hadi yang masih lagi pening dengan isu Kalimah Allah diberikan tangungawab tersebut yang memanjangkan tugas itu kepada Peruruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut, Pas Kelantan pula dengan mengunakan tenaga pemimpin PAS yang pro Anwar seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin. Bagi Anwar perhimpunan yang menjadikan penentu nasibnya seperti dalam beberapa perhimpunan sebelum ini sepanjang kes mahkamah berjalan adalah penting dan satu kesempatan untuk menguji perpaduan dikalangan rakan pembangkang yang akan ikut serta nanti. Bagi DAP yang tidak gemar dengan gerakan seperti ini akan juga menghantar wakil yang barangkali dengan mengunakan platform lain seperti kumpulan lynas dan sebagainya sebagai bukti sokongan mereka terhadap Anwar untuk calon Perdana Menteri. Namum lebih penting lagi, sebagai membalas jasa Anwar yang menyokong gagasan besar Mereka yang mahu pengunaan kalimah Allah dalam kitab kristian dan kekuatan Ketua Pembangkang itu yang mampu menundukkan PAS untuk turut serta menyokong gerakan DAP itu. Apapun alasannya, kerahan tenaga Hishmuddin Rais rakan Anwar yang bijak menghasut di jalanan itu tidak mampu untuk mengaburi mata rakyat yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dari perhimpunan itu. Ianya hanya satu perhimpunan melayan nafsu Anwar semata mata dan sebagai desakan dan sokongan untuk shamsidar saja. Seperti juga apa yang berlaku sewaktu saiful membuat laporan polis ekoran kes di juburi Anwar, si pembelit itu terus memaksa isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk dijadikan pentas menghalalkan tindakanya itu.. Rakyat yang matang tidak mampu untuk ditipu setiap kali dia berdepan dengan isu peribadinya!.., Barangkali golongan muda yang terpangaruh dengan sokongan kewangan atau tidak mengenal sejarah saja akan bersama2 berada di perhimpunan nanti. tapi pastinya mereka tidak mewakili golongan remaja lain yang masih sayangkan negara!