Jumaat, 1 Mac 2013
KITA TIDAK PERNAH MEMBERI RUANG PADA PENCEROBOH- ZAHID
Menteri Pertahanan Malaysia, Ds Zahid Hamidi dalam kenyataan di akaun Twitter-nya menyeru orang ramai terutamanya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan anggota Tentera dan Polis yang menjaga keselamatan di kawasan insiden pencerobohan militan sulu berada dalam keadaan selamat.
Dalam kenyataannya lagi, sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, KEDAULATAN NEGARA tidak pernah diberikan ruang dan peluang kepada penceroboh negara.
Rata-rata ramai orang sebelum ini,tertanya-tanya kenapa selaku Menteri Pertahanan nampak beliau seakan seperti lepas tangan dalam insiden ini dan mempersoalkan kenapa tidak kedengaran kenyataan dari pihak tentera berhubung strategi keselamatan dalam insiden tersebut.
Jawapan kepada persoalan itu, telah dijawab oleh Menteri Pertahanan dalam akaun twitter-nya.
Arahan kabinet putuskan hanya Menteri KDN dan Ketua Polis Negara yang bertanggungjawab sepenuhnya mengeluarkan sebarang kenyataan dalam isu Lahad Datu.
Namun katanya sebagai Menteri Pertahanan ,pihak tentera sentiasa memantau rapi dan ketat insiden ini malah bekerjasama dalam merangka strategi keselamatan disana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan