Jumaat, 1 Mac 2013
ISU LAHAD DATU- AWAS LAPORAN TIDAK TEPAT
PDRM kesal dengan laporan media yang tidak tepat mengenai berita anggota yang terkorban. Didapati media massa yang menyiarkan berita tanpa pengesahan daripada pihak PDRM telah mendatangkan kekeliruan dan keresahan kepada keluarga anggota berkaitan.
Sebagai media yang bertanggungjawab, pihak media seharusnya memastikan maklumat yang bakal disiarkan adalah tepat dan sahih. Pengesahan berita harus diperoleh sebelum penyiaran dilakukan.
Kenyataan ini dikeluarkan susulan dariada siaran di media massa kononnya melaporkan Koperal 135383 Azman B. Ampong terkorban semasa bertugas insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Pada hakikatnya, anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki. Koperal Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan